Yosh, puncak Besar Hantu telah berjaya ditawan! Next pendakian...err...tunggu tahun depan kutt...haha.
Insyaallah kalau masa sesuai, dan $$$ stabil, mungkin akan pergi lagi. Sayang beli beg + segala peralatan camping kalau berhabuk tidak pakai...asal dia duit tu weyh...dan sekarang purse dalam keadaan yang amat menyedihkan, aduh.
Abaikan yang itu. Mau cerita pengalaman, penting ni! Heh.
Jumaat, 8.15 pm; Bruns
Siap packing, call cab, waiting, waiting and continue waiting sampai pukul 9. T.T AR bagitau pukul 9 bas bertolak. Lagi T.T, panik, call DD...dush, mentally kicking AR. Pukul 12 la jalan, ceh bikin penat ja panik.9++ pm; MSU
Pembahagian barang makanan dalam kumpulan. NOOOOOO!!!! Beg aku sudah cukup berat, tolonglah jangan ditambah lagi bebanku itu...T.T
Syukur ada Abg K. yang gagah perkasa ala2 Big Show begitu, semua barang; beras, tin2 tuna sardin, labu, dan entah apa-apa lagi semua dia bawa. I worshiped the ground that you walked on. =P
Sabtu, 2++ am; Simpang jalan mana entah...
Lihat kanan, lihat kiri, hutan. Huwaa...seram. Gelap gelita. Lepas tu ada satu bangunan kedai yang macam sudah lama diabaikan. "Okay semua, sila turun dari bas, ambil barang, siapa ada khemah pasang, yang tiada boleh bentang sleeping bag, kita tidur sini." Ampai-ampai tepi jalan T.T
3++ am
Semua dikejutkan dari tidur-tidur ayam dengan jeritan Kak Ma. Tambah seram.
6-11.30 am
Breakfast
Tengok betul2 k, saya tidak sentuh langsung banner itu.
Terdampar selama dua jam lebih macam dugong kena jemur tepi jalan, tunggu jeep kuning dan Abg. A. si drebar untuk hantar kami pergi perkampungan orang asli, pergi balik ambil masa 1 jam 45 min, sampai 3 trip sebab jeep itu, yalah jeep, bukan lori. :Rolling eyes:
Around 2.30 pm; Kampung Tohor
Makan tengah hari. Aku masak seh..haha.
Terdampar di balai raya aka tadika.
Aktiviti seterusnya...community service. Tipu, tipu!!! Dalam perancangan begitulah, konon-konon gotong-royong bersihkan area kampung, tapi bak kata pegawai itu, En. S, "Bersihkan macam mana pun, at the end sama juga, sebab sudah life dia begini..." lebih kurang begitulah, macam tiada guna pun mau bawa dorang sama-sama bersihkan kampung, itu dia cakap bukan saya. Tapi adalah juga kutip sampah, sikit.
Petang, menyeluk ikan dan menyumpit. For them.
For me, mandi sungai macam kerbau jakun jumpa lumpur. Yup.
Malam, pesta pantun. Adeh.
Ahad, 6 am-...(x ingat).
Kaki gunung. Dari kampung pergi sini, kalau naik jip 20 min, kalau by foot 20min x 4. Siapa sanggup?? Ada kemudahan, silalah gunakan dengan sebaiknya.
Once again, banner itu out of my reach okay.
Lelaki berbaju merah itu, guide kami, Abg. Mat.
Pendakian bermula. Sepanjang perjalanan, satu benda yang confirm tidak lari dari fikiran, "Kenapalah aku gila sangat ikut benda ni???"
First stop. Kem Hantu Air. Penuh satu botol 'seratus tambah' 1 liter dengan air sungai. Di hutan, buat cara di hutan, konon, heh. Trek pergi kem ni, tahap average lagilah, ala... jalan lori balak. Makan sikit-sikit, minum teh manis-manis buah (trademark group kami), kenyang alhamdulillah kemudian mengantuk adoiii...teruskan perjalanan ke Kem Orkid, ikut jalan hutan T.T
"Kenapalah aku gila sangat ikut benda ni???" <--- diteruskan sepanjang perjalanan ke Kem Orkid. 1 jam 50 min kemudian, alhamdulillah sampai. Pasang khemah, cari bunsen, cari mass tin, cari air, cari maggi laksa. Huhu, lapar....
Konon-konon LDK malam ini pidato. Apa kejadah dorang ni pidato malam-malam buta T.T. Nasib cancel sebab semua buat LDK sendiri; story dengan guides, tengok bintang, tidur nyenyak tidak ingat dunia dalam khemah. And I'm in the latter group.
Isnin, 6-10 am
Sarapan di Kem Orkid. Pipi kembang lapar sangat x cukup makan.
Around 10++, buang semua barang dari dalam beg, just bawa air 1200 ml, coklat, chewing gum dan mentos, teruskan pendakian ke puncak. Pancit weh. T.T
Oh.
"Kenapalah aku gila sangat ikut benda ni???" Yup, masih.
Tapi bila tiba di atas, sangat puas hati. =)
Drama, drama, drama....:
1. Miscommunication dengan bus driver. Supposedly ane itu jemput kami hari Isnin dalam pukul 3-4 petang, tapi x tau apa yang dia dengar, dia datang hari Ahad. Bila kami x nampak bayang, terus dia pergi balai polis buat report kononnya kami hilang / x muncul2 / dan sewaktu dengannya. Hari Isnin pagi, dalam kami teruja di Kem Orkid mau naik puncak, renjer hutan pun sudah ready rescue mission. Nasib baik ada abang jip kuning hero menjelaskan situasi sebenarnya, haishh...
2. Sebab terlalu leka stay di puncak, x sedar pukul 3 mesti sudah sampai di kaki gunung, sebab sudah janji dengan abang jip kuning. Tapi Kak Il pula sakit, terpaksalah bahagi 2 group besar, separuh kena turun awal, yang lebih kena tunggu kakak tu recover dulu. Abg. D siap warning torchlight & bateri keluarkan letak di tempat yang mudah dicapai, sebab masa tu sudah pukul 4.30 petang. Alhamdulillah sampai di kaki gunung pukul 6 petang, tapi kelibat jip kuning mentari itu tidak kelihatan.
Kena jalan kaki 20 min x 4?? T.T
Berkat doa Kak In, abang jip hero tiba-tiba muncul. Gembira, syukur, lega...tidak terkata lagi masa ni.
Tapi kesian dengan group 2, pukul 6 ptg baru start jalan dari Kem Orkid, sampai di kaki gunung dalam pukul 9++ malam. Aduh. Alhamdulillah semua selamat.
Hasil:
Sakit badan, demam (mandi sungai malam-malam buta punya pasal, bukan di kampung tu, ini sungai di tepi simpang tunggu bas), terdampar atas tilam almost 2 days sudah ni...T.T
Mau ikut lagi??? Mau. Hehe...











sini ko dah naik..kinabalu bila mau tawann???hahaha
ReplyDeletepelan2...
ReplyDeletehish...tapi menyesal pula x ikut di sekolah dulu... :(